Monday, January 07, 2013

Say Tidak Menjadi Orang KETIGA!!

Views
Yehaaa! Harini nak bercakap tentang “orang” yang suka sangat jadi parasit dalam hubungan orang lain. Cuba la dia beli ubat untuk ubati penyakit tu.? Bukannya susah pun kan? Kenapa la orang begini suka mencari masalah dan menimbulkan masalah kepada orang lain? Gue naik double heran ini. Artikel ni aku terbaca kat majalah WANITA Bil 1351 yang dipinjam dari kawan. So aku rasa patut share la dan kemukakan hal ini di blog agar dapat memberi kesedaran sikit kepada kita semua agar tidak terjebak dengan hubungan orang. Semua benda macam ni dapat dielakkan la beb, asal “mau” kan? Artikel ini lebih kepada segi ke Islaman tapi kita boleh jadikan sebagai teladan untuk semua agama. Ok, now aku nak mulakan cerita aku ini.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 oleh LPPKN pada 2004, menunjukkan 12 % kes penceraian berpunca daripada kehadiran orang ketiga! Seseorang yang menjadi dalang penceraian boleh dikenakan tindakan mengikut undang2 jenayah syariah kerana ia merupakan kesalah jenayah dalam AKTA/ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH setiap negeri.
1. Seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 – Akta 559
Ø  mana2 orang yang memujuk lari seseorang perempuan bersuami / membawanya keluar dari / dengan apa2 cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 / dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua2nya.

2. Seksyen 37 akta yang sama
Ø  mana2 orang yang menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sah boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun / kedua2nya.

3. Seksyen 38 akta yang sama
Ø  mana2 orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana2 lelaki/ perempuan supaya bercerai / mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya boleh didenda RM5,000 / dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun / kedua2nya.

Ini saja info yang aku perolehi dari buku ni, yang lain cari sendiri la ok. Hahahaha. Tapi aku rasa ringan sangat la denda kepada mereka ni. Mereka dah menghancurkan hubungan orangkan dan kemungkinan boleh lagi buat perkara yang sama. Bagi yang sudah sedarkan diri tu baguslah. Kembali kepada jalan yang benar ok. Tidak terlambat lagi ba.. Maka itu, BERHATI-HATILAH setiap orang yang menyimpan perasaan terhadap suami / isteri orang sebab kesilapan anda merupakan SATU KESALAHAN!
ALANGKAH BURUK BUNYINYA DI PENJARA DAN DIDENDA HANYA KERANA MENJADI ORANG KETIGA. MACAM DUNIA INI SUDAH TIADA ORANG LAIN LAGI. HMMMMM…..

No comments:

Post a Comment

Leave your comment dear :)

ORIGINAL OWNER ELISA FEGGY