Hello alls...harini aku nak share Pengharapan Agung yang aku ambil dari seorang rakan~
BACA JANGAN TAK BACA :)
1.Kenapa Dosa Diizinkan?
BACA JANGAN TAK BACA :)
1.Kenapa Dosa Diizinkan?
Permulaan dosa dan sebab kewujudannya adalah perkara yang membingungkan orang ramai. Mereka ,menyaksikan kejahatan, kesengsaraan, kemusnahan dan mempersoalkan bagaimana semua ini boleh wujud di bawah kedaulatan Tuhan yang bijaksana, berkuasa dan pengasih. Mereka ragu-ragu dan menggunakan ini untuk menolak Kitab Suci. Tradisi dan penyampaian yang salah telah mengakibatkan keperibadian Tuhan, ciri-ciri kerajaan-Nya dan prinsip—prinsip-Nya seperti yang dikatakan dalam Kitab Suci sukar difahami.
Adalah mustahil untuk menjelaskan asal-usul dosa sebagaimana memberi sebab kewujudannya. Namun, sumber yang mencukupi wujud untuk kita mengetahui asal-usul dan ciri-ciri dosa demi menyatakansepenuhnya keadilan dan kebaikan Tuhan. Kitab Suci jelas menunjukkan bahawa Tuhan bukan penyebab kepada wujudnya dosa ;ia menjelaskan bahawa kasih kurnia Tuhan tidak dikurniakan kepada sesiapa, ia menunjukkan bahawa tidak wujud kekurangan dalam kerajaan Ilahi, yang menjadi punca kepada pemberontakan. Dosa adalah penceroboh, kewujudannya tidak boleh dijelaskan oleh sesiapa pun.
Ia adalah perkara yang penuh misteri dan perbuatan memberi alasan kepada kewujudannya adalah sama seperti perbuatan mempertahankannya. Sekiranya alasan boleh didapati, ia akan berhenti menjadi dosa. Dosa adalah pertentangan hukum kasih, yang menjadi dasar kepada kerajaan ini.
Sebelum kewujudan dosa, kedamaian dan kegembiraan wujud di seluruh alam semesta. Kasih kepda Tuhan adalah yang terutama, kasih sayang antara satu sama lain tidak berbelah bagi. Kristus Anak Tunggal Tuhan yang satu dengan Bapa, kekal dari segi ciri-ciri, keperibadian dan matlamat “Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik semua yang berkuasa mahupun memerintah; segala-segalanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya (Kolose 1:16).
Hukum kasih menjadi dasar kepada kerajaan Tuhan, dan kebahagiaan semua makhluk ciptaan bergantung kepada kepatuhan mereka dengan prinsip-prinsip kebenaran. Tuhan tidak pernah memaksa ciptaan-Nya untuk setia kepada-Nya. Sebaliknya Dia telah memberi semua kebebasan agar boleh melayani-Nya dengan sukacita.
Namun, tetap wujud individu yang memilih untuk memutarbelitkan kebebasan ini. Dosa telah dimulakan oleh dia yang berda di samping Yesus, yang dimuliakan Tuhan. Sebelum kejatuhannya, Lucifer adalah penghuni malaikat suci dan tak tercemar. “Beginilah firman Tuhan Allah: Gambar dari kesempurnaan Engkau penuh hikmat dan maha indah. Engkau di Taman Eden, iaitu taman Allah penuh segala batu permata berharga. Kuberikan tempatmu dekat kerub yang berjaga di gunung suci Allah, engkau berada dan berjalan-jalan di tengah-tengah batu-batu yang bercahaya. Engkau tidak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaanmu sampai terdapat kecurangan padamu. (Yehezkial 28:12-17)
Lucifer mungkin boleh terus kekal di samping Tuhan Bapa, dikasihi dan dihormati oleh semua malaikat, dan menggunakan kuasa mulianya untuk memberkati orang lain dan memuliakan Penciptanya. Namun, menurut nabi, “Hatimu menjadi sombong mengenangkan kecantikkanmmu, engkau mengkorupsikan kecelikkanmu mengenangkan kecerahanmu,”ayat 17. Sedikit demi sedikit Lucifer mula menginginkan peningkatan darjat. Engkau telah berkata . . .Aku akan meninggikan takhta ku di atas bintang-bintang Tuhan Allah : Aku akan duduk di gunung jemaah……Aku akan menaiki mengatasi awan-awan; aku akan menjadi seperti Maha Tinggi”, ayat 6; Yesaya 14. Daripada cuba untuk meninggikan kasihnya dan makhluk lain kepada Tuhan Bapa, Lucifer telah berusaha untuk mendapatkan perlayanan dan penghormatan mereka kepadanya dirinya sendiri.