Wednesday, October 23, 2013

Nama Berita Kitak Semuaaa???

Views
Double Hello semuanya,adakah anda sihat sahaja? Kalau sakit datang saja berjumpa dengan M.A Elisa...wasehhhhhh.....ahakz! Wowww....Tinggal 2minggu lagi sebelum aku menghabiskan praktikal kali terakhir di Klinik Kesihatan Kabong..Tak terasa sudah 3tahun aku menjadi pelajar Diploma Penolong Pegawai Perubatan..Syukur semuanya berjalan dengan lancar..Hampir sampai kemuncak diharapkan semuanya diberkati oleh Tuhan...Amin...Time semestar terakhir nilah macam-macam aja dugaan yang datang silih berganti..Yang penting jangan buat hal saja laaahhhh....Life must go on bak kata Sir Liew....wahhhh xberjumpa lagi dengan tutor-tutor MA KSKB ni..ada lahh beberapa ayat mereka yang tetap melekat dan yang paling penting ilmunya...hehehe..
Waaaaa....agak lama aku meninggalkan dunia blogger ni so tak ada apa sangat lah..Bab-bab karang mengarang ni lemah sikit lah ek...Uiihhhh yang penting sleng semenanjung masih belum pupus dalam diri aku ini..apalagi kalau jumpa orang sleng ni lagi lah menjadi susah nak balik ke melayu sarawak..hahaha..i try my best dah oiii blaja beckp melayu sarawak..iban aku da improvement,maklumlah semester ini group aku Iban..Claudia dan Baniesha so dorg nilah mengajar aku ni..hahaha....terimakasih gitewwwww :) 
Perjalanan tempat aku praktikal semester ni sebulan kat Hospital Serian pastu kat Hospital Umum Sarawak 2 bulan pastu pergi Klinik Kesihatan Kabong sebulan..2hb November barulah beta berangkat ke KSKB kesayangan untuk menduduki FINAL EXAM...wahhhh!!!around the corner sudah!!! Udah study bala menyadik??? HSR udah complete hati manyak senang lenang lahh ini macam...hihi
Okkkkk mau tidur lahh esok sambung lagi....nadai idea juga ini...wahahaha..
Selamat Kemalaman Semuanya..Tidur jenak-jenak you alll....
 

Saturday, June 15, 2013

Lama Tak Meng-update~

Views
Ok, now still holiday for me. Nextsem dah sem 6, omyGod3.Cepat ya masa berlalu~ Lama giler aku tak update blog, maklumlah busy kan. Hehehehe. So many thing blaku dalam kehidupan aku tahun ni. Hurmmm...kadang-kadang aku sedih sebab aku tak tahu nak meluahkan kat sape??? So aku simpan dlm hati hanya aku dan Dia saja yang tahu. Kalau dah berdoa tu i feel much better. Life must go on kan.
Setakat ni aku rasa kehidupanku bahagia juga. Hehehe, apakah maksudnya?? Hmmm.... 
Adakah aku ni seorang sahabat yang baik?? Maafkan aku sahabat kalau aku pernah menyakitkan hati korang. Maafkan aku jika tidak menegur jika kau melakukan kesilapan. Aku sendiri tak faham kenapa aku tak ada keberanian nak menegur sahabat yang melakukan kesilapan yang sengaja atau tak sengaja, mungkin sebab ingin menjaga hati? Aku tahu perbuatan ni tak betul tapi bagaimana caranya harus aku lakukan? Lagipun betul kata orang "Masing-masing dah besar panjang dan cukup matang untuk membuat pilihan. Sendiri boleh berfikir tentang baik dan buruknya perkara itu." Kadang-kadang aku terfikir mungkin aku harus menegur tapi....entahlah, aku sedih juga kadang-kadang melihat keadaan macam tu. Tp berdoa saja semoga semuanya baik-baik belaka.
Aku sedih juga sebab tak dapat jumpa Evie cuti ni,miss u so much Evie.. Lain kali kau balik kita jumpa k. Jocelyn dan Leanza pun aku belum jumpa lagi. Heyyy..Miss both of u lah babe. Kadang-kadang aku pandai teringat memori lama then mengalirkan air mata, apalah aku nie. Lucukan!!!hahahaha... Sedihnya aku semua gambar aku dengan kawan-kawan kat Desa Baiduri dan TTDI Jaya hilang sebab virus.
Kalau nak cakap pasal jodoh tu aku belum sedia lagi menerima kehadiran seorang lelaki(cewahh ayat) dalam hidupku. Blm tiba masanya kot, haishhhh.Minta maaf kalau aku menyakitkan hati tapi aku belum sedia untuk perhubungan yang serius buat masa sekarang ni. Tapi aku suka baca quote bkaitan cina plak. Hahahaha. Lucu mai kan.....
Oklah......kawan ku chat guna LINE, blog ada masa research belum lagi buat. Hahahahha.. Aukkk lahh...... Bye ollsss sampai sini saja....anyeonggg~

Friday, March 08, 2013

10 RAHSIA HIDUP INDAH 

Views


1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai kehidupan sendiri, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan kehidupan kita  penuh kesyukuran.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, so senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tidak dapat memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, berbagi sesama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal. Cintailah kedamaian. Berdamailah sesama kita manusia.
# Amalkan 10 langkah rahsia hidup indah pasti hidupmu lebih bermakna dan hidup dalam kedamaian tanpa rasa stresskan? Hwaiting!!! Terimakasihkeranamembaca :D

Tuesday, January 08, 2013

PENGHARAPAN AGUNG PART I

Views
Hello alls...harini aku nak share Pengharapan Agung yang aku ambil dari seorang rakan~
BACA JANGAN TAK BACA :)

1.Kenapa Dosa Diizinkan?

Permulaan dosa dan sebab kewujudannya adalah perkara yang membingungkan orang ramai. Mereka ,menyaksikan kejahatan, kesengsaraan, kemusnahan dan mempersoalkan bagaimana semua ini boleh wujud di bawah kedaulatan Tuhan yang bijaksana, berkuasa dan pengasih. Mereka ragu-ragu dan menggunakan ini untuk menolak Kitab Suci. Tradisi dan penyampaian yang salah telah mengakibatkan keperibadian Tuhan, ciri-ciri kerajaan-Nya dan prinsipprinsip-Nya seperti yang dikatakan dalam Kitab Suci sukar difahami.

Adalah mustahil untuk menjelaskan asal-usul dosa sebagaimana memberi sebab kewujudannya. Namun, sumber yang mencukupi wujud untuk kita mengetahui asal-usul dan ciri-ciri dosa demi menyatakansepenuhnya keadilan dan kebaikan Tuhan. Kitab Suci jelas menunjukkan bahawa Tuhan bukan penyebab kepada wujudnya dosa ;ia menjelaskan bahawa kasih kurnia Tuhan tidak dikurniakan kepada sesiapa, ia menunjukkan bahawa tidak wujud kekurangan dalam kerajaan Ilahi, yang menjadi punca kepada pemberontakan. Dosa adalah penceroboh, kewujudannya tidak boleh dijelaskan oleh sesiapa pun.
Ia adalah perkara yang penuh misteri dan perbuatan memberi alasan kepada kewujudannya adalah sama seperti perbuatan mempertahankannya. Sekiranya alasan boleh didapati, ia akan berhenti menjadi dosa. Dosa adalah pertentangan hukum kasih, yang menjadi dasar kepada kerajaan ini.

Sebelum kewujudan dosa, kedamaian dan kegembiraan wujud di seluruh alam semesta. Kasih kepda Tuhan adalah yang terutama, kasih sayang antara satu sama lain tidak berbelah bagi. Kristus  Anak Tunggal Tuhan yang satu dengan Bapa, kekal dari segi ciri-ciri, keperibadian dan matlamat Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik semua yang berkuasa mahupun memerintah; segala-segalanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya (Kolose 1:16).

Hukum kasih menjadi dasar kepada kerajaan Tuhan, dan kebahagiaan semua makhluk ciptaan bergantung kepada kepatuhan  mereka dengan prinsip-prinsip kebenaran. Tuhan tidak pernah memaksa ciptaan-Nya untuk setia kepada-Nya. Sebaliknya Dia telah memberi semua kebebasan agar boleh melayani-Nya dengan sukacita
Namun, tetap wujud individu yang memilih untuk memutarbelitkan kebebasan ini. Dosa telah dimulakan oleh dia yang berda di samping Yesus, yang dimuliakan Tuhan. Sebelum kejatuhannya, Lucifer adalah penghuni malaikat suci dan tak tercemar. “Beginilah firman Tuhan Allah: Gambar dari kesempurnaan Engkau penuh hikmat dan maha indah. Engkau di Taman Eden, iaitu taman Allah penuh segala batu permata berharga. Kuberikan tempatmu  dekat kerub yang berjaga di gunung suci Allah, engkau berada dan berjalan-jalan di tengah-tengah batu-batu yang bercahaya. Engkau tidak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaanmu sampai terdapat kecurangan padamu. (Yehezkial 28:12-17)

Lucifer mungkin boleh terus kekal di samping Tuhan Bapa, dikasihi dan dihormati oleh semua malaikat, dan menggunakan kuasa mulianya untuk memberkati orang lain dan memuliakan Penciptanya. Namun, menurut nabi, “Hatimu menjadi sombong mengenangkan kecantikkanmmu, engkau mengkorupsikan kecelikkanmu mengenangkan kecerahanmu,”ayat 17. Sedikit demi sedikit Lucifer mula menginginkan peningkatan darjat. Engkau telah berkata . . .Aku akan meninggikan takhta ku di atas bintang-bintang Tuhan Allah : Aku akan duduk di gunung jemaah……Aku akan menaiki mengatasi awan-awan; aku akan menjadi seperti Maha Tinggi”, ayat 6; Yesaya 14. Daripada cuba untuk meninggikan kasihnya dan makhluk lain kepada Tuhan Bapa, Lucifer telah berusaha untuk mendapatkan perlayanan dan penghormatan mereka kepadanya dirinya sendiri.

Monday, January 07, 2013

Say Tidak Menjadi Orang KETIGA!!

Views
Yehaaa! Harini nak bercakap tentang “orang” yang suka sangat jadi parasit dalam hubungan orang lain. Cuba la dia beli ubat untuk ubati penyakit tu.? Bukannya susah pun kan? Kenapa la orang begini suka mencari masalah dan menimbulkan masalah kepada orang lain? Gue naik double heran ini. Artikel ni aku terbaca kat majalah WANITA Bil 1351 yang dipinjam dari kawan. So aku rasa patut share la dan kemukakan hal ini di blog agar dapat memberi kesedaran sikit kepada kita semua agar tidak terjebak dengan hubungan orang. Semua benda macam ni dapat dielakkan la beb, asal “mau” kan? Artikel ini lebih kepada segi ke Islaman tapi kita boleh jadikan sebagai teladan untuk semua agama. Ok, now aku nak mulakan cerita aku ini.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 oleh LPPKN pada 2004, menunjukkan 12 % kes penceraian berpunca daripada kehadiran orang ketiga! Seseorang yang menjadi dalang penceraian boleh dikenakan tindakan mengikut undang2 jenayah syariah kerana ia merupakan kesalah jenayah dalam AKTA/ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH setiap negeri.
1. Seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 – Akta 559
Ø  mana2 orang yang memujuk lari seseorang perempuan bersuami / membawanya keluar dari / dengan apa2 cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 / dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua2nya.

2. Seksyen 37 akta yang sama
Ø  mana2 orang yang menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sah boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun / kedua2nya.

3. Seksyen 38 akta yang sama
Ø  mana2 orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana2 lelaki/ perempuan supaya bercerai / mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya boleh didenda RM5,000 / dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun / kedua2nya.

Ini saja info yang aku perolehi dari buku ni, yang lain cari sendiri la ok. Hahahaha. Tapi aku rasa ringan sangat la denda kepada mereka ni. Mereka dah menghancurkan hubungan orangkan dan kemungkinan boleh lagi buat perkara yang sama. Bagi yang sudah sedarkan diri tu baguslah. Kembali kepada jalan yang benar ok. Tidak terlambat lagi ba.. Maka itu, BERHATI-HATILAH setiap orang yang menyimpan perasaan terhadap suami / isteri orang sebab kesilapan anda merupakan SATU KESALAHAN!
ALANGKAH BURUK BUNYINYA DI PENJARA DAN DIDENDA HANYA KERANA MENJADI ORANG KETIGA. MACAM DUNIA INI SUDAH TIADA ORANG LAIN LAGI. HMMMMM…..
ORIGINAL OWNER ELISA FEGGY