Sunday, December 30, 2012

Sedikit coretan untuk dikongsi bersama :D

Views


Hidup…erm…ok la, nie kan blog aku? Mestilah aku nak cerita tentang hidup aku kan?hehe

Harini 30.12.2012, xtak lama lagi balik kolej. Berakhirlah cuti semester 4! Tahun depan final year, double sungguh masa berlalu dengan cepat. Bermulalah kehidupan di tahun 2013 dalam sehari lagi. Kehidupan sebagai “independent ladycause I don’t need a man” untuk masa ni la. Aku rasanya malas nak gerek sekarang ni. Aku minta maaf kepada Mr.M kerana telah melukakan hati kau. Aku tak bermaksud begitu tapi aku dah tak ada perasaan untuk bergerek. Banyak betul perkara yang perlu aku fikirkan. Aku harap kau faham dan maafkan kesalah ku. Kita tetap kawankan? Keputusan exam aku memuaskan juga, aku harap dapat buat yang lebih baik daripada sebelum ini la. Yang penting usahakan? Christmas tahun ini best juga. 251212 aku balik ngabang kul 12malam sampai rumah, 261212 kul 11malam sampai rumah. Huhu. Dady+mumy berilah kebebasan sikit. Aku takkan break “kepercayaan” kamu, aku tau apa yang salah dan apa yang betul. Lagipun ada Tuhan yang selalu menjaga ku, sebelum aku melakukan kesalahan aku akan ingat Tuhan dan mumy+dady. Terima kasih kepada Tuhan kerana dia telah menghantar umatnya untuk mengikat utuh hubungan aku dengan-Nya. Sebelum ni memang aku ada berdoa dan pergi Gereja, tetapi dengan adanya kehadiran umat-Mu itu aku mengetahui lebih mendalam tentang-Mu. Dan berjanji sebaik mungkin untuk mengubah tabiat burukku yang aku pernah lakukan.

 Aku bangga juga dengan diri aku sebenarnya sebab aku tak mudah terpengaruh dengan hal-hal buruk seperti minum arak, merokok, clubbing. Setiap kali orang mengajak aku join dorang perkara pertama aku fikirkan mumy+dady ku. Aku sangat sayang dengan dorang dan berjanji tak akan mengecewakan mereka! Sekarang ni aku rasa aku dapt mengawal tabiat buruk seperti bercakap tak sopan, mengumpat, menipu sebab Aku sudah berjanji dengan Tuhan. Aku sarankan agar kamuorang membaca buku “ Sebuah Penglihatan Tentang Neraka”. Selepas aku membaca buku ni aku semakin takut untuk melakukan dosa. Walaupun aku tak alim tetapi sekurang-kurangnya aku ingin berjauhan dari dosa. Betulkan? Tiada yang mustahil bagi Tuhan. Tiada yang mustahil bagi kita juga. Semua manusia pernah melakukan dosa, tak boleh lari dari dosa. Tetapi kalau kita kuat kita mampu melawannya kan? Buatlah perkara yang mampu menghalang diri kita dari melakukan perkara yang berdosa itu. 

Teguran itu adalah satu yang bagus tetapi tak semua orang nak dengar teguran kitakan? Ada juga orang akan kata kita “ei…minta puji, mcm dia baik sgt”. Bahkan aku sendiri pernah cakap macam ni kat orang yang pernah tegur aku. Aku pun tak tahu macam mana nak share pengetahuan aku? So aku fikir melalui blog boleh ya? Kalau sapa yang berminat boleh la baca. Hehe. Sebagai umat Kristian, salah satu perkara yang penting yang harus kita lakukan ialah pergi ke Gereja pada setiap hari Ahad. Kecuali kalau kamu bekerja atau sakit, tapi orang sakit pun ada yang sanggup dating ke Gereja semata-mata nak menunaikan tanggungjawabnya kan? Tiada yang mustahil ba! Kita berbuat baik dengan semua orang, itu memang perkara yang penting. Tapi kebaikan itu haruslah ikhlas+jujur tanpa mengharapkan pujian atau balasan.
Hidup di dunia memang penuh cabaran dan dugaan. 

Walaupun kita miskin atau kaya kita kena selalu berdoa mengucapkan syukur dengan apa yang kita miliki. Aku percaya Tuhan mempunyai rencananya yang tersendiri untuk kita. Bagi siapa yang belum ada jodoh tu, sabarlah. Mungkin kau belum jumpa lagi pasangan yang sesuai. Lagipun masih ada kawan-kwan dan ibu bapa disisi kita kan.

 Bagi pasangan yang bercinta tu jagalah kelakuan masing-masing. Kalau betul kamu cinta satu sama lain jagalah hubungan sehingga perkahwinan. Jangan tergoda dengan keseronokan duniawi. Hargailah pasangan masing-masing, kalau pasangan kau mengajak kau melakukan perkara yang terlarang sudah terbukti dia hanyalah seorang yang inginkan keseronokan dalam percintaan. Kalau benar dia cinta dia boleh tunggu kan? Tak perlu buat apa-apa untuk membuktikan cinta selain sekeping kertas yang sahkan hubungan kamuorang betul tak? Fikir-fikirkan lah, kau tengok kawan kau bercinta kau nak juga? Sebelum bercinta lebih baik kamu jadi kawan. Bercintalah selepas kawin  Pasti bahagia!! :D


No comments:

Post a Comment

Leave your comment dear :)

ORIGINAL OWNER ELISA FEGGY